Tuesday, November 30, 2010

Privasi


Kepada peserta-peserta pertandingan blogger Forum Cari, ini adalah perutusan khas untuk anda...wah curlast gitu..hahaha.

1. Terdapat sesetengah forumer yang memisahkan identiti mereka. Lain di Forum, lain di blog, dan lain di Facebook juga mungkin. Jadi golongan kawan-kawan mereka juga lain. Mereka tidak mahu orang tahu siapa mereka.
Maka untuk penyertaan ini, anda perlu berhati-hati agar privasi anda itu tidak bocor. Sebagai penganjur, kami tidak mampu menjamin privasi anda jika dapat dihidu oleh mereka yang anda rasa anda tidak mahu mereka tahu siapa anda. /blush

2. Terdapat juga forumer yang memang sudah khaskan blog mereka memang untuk tatapan umum. Jadi mereka dalam kategori ini tiada masalah. (sbb dia org ada blog private tu..haha ;)) )/nobigdeal

3. Terdapat juga blogger yang memang suka jika ramai yang masuk ke blog. Lai lai leng loi...mari rapat.. Golongan ini lagi tak ada masalah. /wahaha
Win-win situation gamaknya..saya tolong anda, anda tolong saya... wah gitu.. :))

Monday, November 29, 2010

Sedang menonton di luar lingkungan TV1

Tajuknya: Mana hala tuju kanak-kanak pintar?

Adakah mereka tidak perlu dibantu? kerana mereka telah cukup pintar. Tetapi sebenarnya mereka perlukan sistem sokongan agar mereka dapat peluang untuk memperkembangkan bakat mereka.

Ahli panel: Presiden Persatuan Kanak-kanak Bergeliga Malaysia, En Ghani (Ayah Adi Putra), dan Adi Putra.

Adi dah mencipta beribu formula matematik mengikut kata bapanya. Dia juga berharap dapat mempatenkan ciptaan tersebut.

saya juga melihat Adi menjawab soalan seperti fikiran orang dewasa.

Soalan penonton: Kanak-kanak pintar juga perlu bersekolah seperti kanak-kanak biasa

En Ghanni: Ibnu sinna dan al khawarizmi dimana universiti mereka belajar? (masyarakat kita terlalu terbelenggu dengan situasi ini). Tak mahu anak nya menjadi bahan uji kaji.

Presiden: Perlu bersekolah tapi kena ada fleksibelnya. Mereka akan diasingkan apabila belajar sesuatu yang mereka master. Mereka perlu menjalani proses sosioemosi bersama kanak-kanak yang lain.

Adi: Saya setuju mereka perlu bersekolah tapi saya sudah melaluinya. Turun naik bangunan di sekolah dengan beg yang berat. Masuk darjah 5 apabila belajar matematik dan turun semula ke darjah 1 untuk pelajaran lain. Kanak-kanak umur 11 tahun akan tetap 11 tahun, mereka akan tetap menangis bila mereka nak menangis. Mereka perlu melalui proses sosioemosi tersebut.

Pengacara: Sekian sahaja rancangan kita hari ini. Rancangan ini dapat menunjukkan buah fikiran seorang kanak-kanak berumur 11 tahun yang harus ditakungi oleh negara.

Saya: Kanak-kanak gifted n talented yang benar-benar hebat ini mungkin 1 nisbah 1juta kanak-kanak yang lain. Bagi memenuhi keperluan intelektual mereka yang besar mungkin akan meminggirkan 1 juta kanak-kanak lain yang berada dalam lingkungan biasa. Maka pengorbanan En Ghani dan keluarga adalah sangat besar. Mereka berusaha sendiri dalam mencari apa yang terbaik bagi anak mereka. Anak kecil mereka itu sangat berjiwa besar.

Saya lagi: Dalam kelas psikologi yang pernah saya ikuti, kami menjangka Adi Putra akan jatuh jika dia tidak menjalani proses sosialisasi dan emosi seperti kanak-kanak yang lain. Ramai kanak-kanak gifted ini telah tewas kerana proses yang mereka lalui tidak sama dengan apa yang sepatutnya kanak-kanak seusia mereka harus lalui. Lompong-lompong dalam proses pembesaran itu akan memberi kesan kepada mereka apabila dewasa kelak. Namun ini adalah jangkaan psikologi iaitu sama seperti eksperimen dimana semuanya adalah satu jangkaan. Tapi kita berbalik kepada fitrahNya. Bersangka baik dan mengharapkan yang terbaik kepada anak-anak ini.

p/s: Jangan jadi pawang.

Apa itu permalink?

Permalink adalah ringkasan kepada permanent link. Ia adalah satu URL yang fokus pada satu entri yang mungkin baru dibuat dan juga entri-entri lain di blog.

Permalink memang selalu digunakan untuk blog yang selalu mempunyai entry baru dan sering berubah-ubah. Dengan adanya alamat web yang spesifik ini membolehkan pembaca/pengunjung terus dihubungkan kepada entri tersebut.

Sesuatu entri yang dibuat akan berada di blog atau laman web tetapi entri tersebut tidak mempunyai laman web nya sendiri. Dan apabila entri tersebut sudah lama dan tidak lagi berada di dalam laman utama disesebuah blog dan laman web, maka sukar untuk akses kepada entri tersebut. Maka dengan menggunakan permalink, sesuatu entri dapat dikesan walaupon sudah tidak berada di muka utama lagi. Pengunjung juga boleh terus dihubungkan (linked) kepada entri tersebut tanpa perlu menyelak satu-satu entri lain di laman web atau blog.

Saturday, November 27, 2010

sukaneka yg sakit


Ini adalah gambar Pulau pangkor. Me pergi lebih kurang setahun yang lalu. Masa pergi tu ada main sukaneka. Masa main selipar gergasi, alamak terjatuh lah pulak. Bengkak gak ler kaki nasib ada ais, cepat dapat tuam kat lebam tu. Sakit dia pon kurang.

Tapi kesan jangka panjangnya..sampai sekarang ni pon..pergelangan kaki kiri ni masih ada rasa sakit-sakit lagi. Terutama masa duduk antara dua sujud. Tapi kadang-kadang lah sakit tu datang. Kadang-kadang ok jer. Dan ia terasa sakit kembali

Forum Cari

Salam n salute to all :D

Saya mula mengenali forum cari pada tahun 2006.
Pada peringkat awal saya tidak terlalu faham apa yang ada di dalam forum tersebut /sweat
Saya ingatkan hanya ada gosip sahaja dalam forum cari ;)) hehe
saya juga mengambil masa yang lama untuk benar-benar comfortable dengan suasana forum disebabkan saya adalah pemain ym tegar...maka ada beberapa perkara yang perlu di adjust untuk menyesuaikan diri dengan suasana forum.

Tapi alah bisa tegal biasa kan..lama-lama semuanya dapat diatasi. /nobigdeal dan kini forum cari dihati kaedahnya ;))

Ok lah tu saja.../blush

(ini adalah contoh untuk pertandingan blogger forum cari)

Friday, November 26, 2010

testing emoticon

/hihi Ok, me nak menggunakan emot di dalam post ini. :p

me mmg dah lama tak manage blog /wahaha

test balik mana yang terasa mcm nak buat /blur

harap-harap berjaya lah /please

Setelah empat tahun berlalu

Setelah 4 tahun berlalu dari tarikh awal blog ini dimulakan...me kembali semula ke blog ini...hehehe.

Nasib ada blog yg dah ready tak payah susah2 nak buat yang baru, ada benda yang perlu dilakukan di blog ini.

yeah chow



test