Showing posts with label forum. Show all posts
Showing posts with label forum. Show all posts

Thursday, December 02, 2010

Sweet Sour - Nasz



Tajuk apa tu? :-?


Itu tajuk novel sebenarnya . Dan rasanya novel tu mmg tak der kena mengena dengan kaka pelam @ sourplum..hehe ;)) =))


Sejak tahun-tahun kebelakangan ni mmg me akan buat review mengenai novel of the year. Tahun lepas me senaraikan untuk 10 buku yang terbaik me baca.
Untuk tahun ni me just pilih satu. Lagi pun me tak banyak membaca buku tahun ni, mungkin tak sampai 15 buku kot. Sejak akhir-akhir ni me bertambah virus M...aduh.. [-(

Untuk itu, me pilih sweet sour sebagai buku of the year lah. Cerita ini dihasilkan bermula dari forum juga, dekat bod penulisan sana tu. Tahniah pada penulis nya Nasz-H dan juga forumer Cari yang gigih membaca dan support penulis dan cerita tersebut :)>-

Buku ni me rasa santai tapi ada elemen-elemen bila kita rasa nak sekeh-sekeh Lia, rasa mcm nak bawak lari joe...nak tendang jauh-jauh zarul. Santai nya masa part awal-awal kerana bahasa seharian yang kita guna dengan ditambah sedikit hiperbola supaya dapat sampai pada pembaca dengan lebih berkesan. Buku ni antara buku yang monolog dalamannya sangat sukses :x

Dan lebih buat me angau dengan buku ni, me dapat buku dan tanda tangan penulis dia...hahaha rasa mcm tak percaya mula-mula, bila nasz offer tu. Terima kasih berjuta juta lemon pada nasz :-*






Tadaaaa...ini lah dia buktinya...hahahaha /wahaha

motip sungguhkan...sangat berlagak...sedangkan org lain pon ada dpt jugak..hahaha tapi tak kira nak juga berlagak... :))

Tuesday, November 30, 2010

Privasi


Kepada peserta-peserta pertandingan blogger Forum Cari, ini adalah perutusan khas untuk anda...wah curlast gitu..hahaha.

1. Terdapat sesetengah forumer yang memisahkan identiti mereka. Lain di Forum, lain di blog, dan lain di Facebook juga mungkin. Jadi golongan kawan-kawan mereka juga lain. Mereka tidak mahu orang tahu siapa mereka.
Maka untuk penyertaan ini, anda perlu berhati-hati agar privasi anda itu tidak bocor. Sebagai penganjur, kami tidak mampu menjamin privasi anda jika dapat dihidu oleh mereka yang anda rasa anda tidak mahu mereka tahu siapa anda. /blush

2. Terdapat juga forumer yang memang sudah khaskan blog mereka memang untuk tatapan umum. Jadi mereka dalam kategori ini tiada masalah. (sbb dia org ada blog private tu..haha ;)) )/nobigdeal

3. Terdapat juga blogger yang memang suka jika ramai yang masuk ke blog. Lai lai leng loi...mari rapat.. Golongan ini lagi tak ada masalah. /wahaha
Win-win situation gamaknya..saya tolong anda, anda tolong saya... wah gitu.. :))

Saturday, November 27, 2010

Forum Cari

Salam n salute to all :D

Saya mula mengenali forum cari pada tahun 2006.
Pada peringkat awal saya tidak terlalu faham apa yang ada di dalam forum tersebut /sweat
Saya ingatkan hanya ada gosip sahaja dalam forum cari ;)) hehe
saya juga mengambil masa yang lama untuk benar-benar comfortable dengan suasana forum disebabkan saya adalah pemain ym tegar...maka ada beberapa perkara yang perlu di adjust untuk menyesuaikan diri dengan suasana forum.

Tapi alah bisa tegal biasa kan..lama-lama semuanya dapat diatasi. /nobigdeal dan kini forum cari dihati kaedahnya ;))

Ok lah tu saja.../blush

(ini adalah contoh untuk pertandingan blogger forum cari)