Tajuknya: Mana hala tuju kanak-kanak pintar?
Adakah mereka tidak perlu dibantu? kerana mereka telah cukup pintar. Tetapi sebenarnya mereka perlukan sistem sokongan agar mereka dapat peluang untuk memperkembangkan bakat mereka.
Ahli panel: Presiden Persatuan Kanak-kanak Bergeliga Malaysia, En Ghani (Ayah Adi Putra), dan Adi Putra.
Adi dah mencipta beribu formula matematik mengikut kata bapanya. Dia juga berharap dapat mempatenkan ciptaan tersebut.
saya juga melihat Adi menjawab soalan seperti fikiran orang dewasa.
Soalan penonton: Kanak-kanak pintar juga perlu bersekolah seperti kanak-kanak biasa
En Ghanni: Ibnu sinna dan al khawarizmi dimana universiti mereka belajar? (masyarakat kita terlalu terbelenggu dengan situasi ini). Tak mahu anak nya menjadi bahan uji kaji.
Presiden: Perlu bersekolah tapi kena ada fleksibelnya. Mereka akan diasingkan apabila belajar sesuatu yang mereka master. Mereka perlu menjalani proses sosioemosi bersama kanak-kanak yang lain.
Adi: Saya setuju mereka perlu bersekolah tapi saya sudah melaluinya. Turun naik bangunan di sekolah dengan beg yang berat. Masuk darjah 5 apabila belajar matematik dan turun semula ke darjah 1 untuk pelajaran lain. Kanak-kanak umur 11 tahun akan tetap 11 tahun, mereka akan tetap menangis bila mereka nak menangis. Mereka perlu melalui proses sosioemosi tersebut.
Pengacara: Sekian sahaja rancangan kita hari ini. Rancangan ini dapat menunjukkan buah fikiran seorang kanak-kanak berumur 11 tahun yang harus ditakungi oleh negara.
Saya: Kanak-kanak gifted n talented yang benar-benar hebat ini mungkin 1 nisbah 1juta kanak-kanak yang lain. Bagi memenuhi keperluan intelektual mereka yang besar mungkin akan meminggirkan 1 juta kanak-kanak lain yang berada dalam lingkungan biasa. Maka pengorbanan En Ghani dan keluarga adalah sangat besar. Mereka berusaha sendiri dalam mencari apa yang terbaik bagi anak mereka. Anak kecil mereka itu sangat berjiwa besar.
Saya lagi: Dalam kelas psikologi yang pernah saya ikuti, kami menjangka Adi Putra akan jatuh jika dia tidak menjalani proses sosialisasi dan emosi seperti kanak-kanak yang lain. Ramai kanak-kanak gifted ini telah tewas kerana proses yang mereka lalui tidak sama dengan apa yang sepatutnya kanak-kanak seusia mereka harus lalui. Lompong-lompong dalam proses pembesaran itu akan memberi kesan kepada mereka apabila dewasa kelak. Namun ini adalah jangkaan psikologi iaitu sama seperti eksperimen dimana semuanya adalah satu jangkaan. Tapi kita berbalik kepada fitrahNya. Bersangka baik dan mengharapkan yang terbaik kepada anak-anak ini.
p/s: Jangan jadi pawang.
No comments:
Post a Comment