Saturday, December 18, 2010
Berakhir sudah pertandingan di Board Blog dan Blogger
Terima kasih kepada peserta yang mengambil bahagian.
Terima kasih kepada pengundi yang singgah dan baca blog-blog rakan yang mengambil bahagian.
Terima kasih juga kepada juri-juri jemputan yang turut memberikan kerjasama. Walaupun ada yang tengah sibuk pergi interview hari-hari katanya tapi rela juga dikejar dgn hunt yang turut sibuk bertanya keputusan bila nak siap...hahaha... ;))
Maka blog ini ditutup semula...moga ketemu lagi /bye
Friday, December 10, 2010
Thursday, December 09, 2010
gelap sangat jalan ni
walaupun pada mulanya telah memasuki lorong yang betul berserta dengan penuh keyakinan
Tetapi semakin jauh lorong itu....semakin pudar sinar cahaya...
tidak boleh berpatah balik....kerana perjalanan yang sudah tertalu jauh.....apakah yang akan berlaku seterusnya?
berhenti disitu dan putus harap? terus menunggu sehingga ternampak sedikit cahaya untuk meneruskan perjalanan? Terus berjalan didalam gelap walaupun tanpa cahaya yang boleh membantu untuk bergerak dan kemungkinan akan terus sesat dan sesat dan semakin sesat.
Tuesday, December 07, 2010
Bulan Bintang Jadi Kawan
Ini kisah Tentang Bulan,
bulan bintang jadi kawan,
Begitulah persahabatan,
Yang cuba kami eratkan,
Moga berkekalan selamanya
Monday, December 06, 2010
Doa Akhir Tahun dan Awal tahun-Salam Maal Hijrah
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Sumber: JAKIM dan Belia muda dot com
when u lost ur hope, read this lyrics
Insha Allah Lyrics
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insyaallah x3
Insya Allah we’ll find the way
p/s: when I feel like want to give up after make mistake...I realize that, I have something that not finish...so fighttt Ooo....walaupun orang tak nak terima what u will say...never mind....ganbatte!!! make it right...and after that can fly away....
Sunday, December 05, 2010
Taraa papaa
Kata saya pula: Jika kamu terlalu menjaga hati orang, mungkin suatu hari nanti kamu akan tetap melukai hatinya. =((
and its hurt u twice....when u realize that u hurt that person u care.
kesian 'kamu' kan....marilah duduk disebelah saya yang senasib dengan mu ini.
/floor
Friday, December 03, 2010
when the time u dont know what to do
jadi post ini pon mmg tiada motif nya
kerana mmg sungguh tiada apa yang ketahuan untuk ditulis
*hunt sedang ting tong /blur *
Thursday, December 02, 2010
Sweet Sour - Nasz
Tajuk apa tu? :-?
Itu tajuk novel sebenarnya . Dan rasanya novel tu mmg tak der kena mengena dengan kaka pelam @ sourplum..hehe ;)) =))
Sejak tahun-tahun kebelakangan ni mmg me akan buat review mengenai novel of the year. Tahun lepas me senaraikan untuk 10 buku yang terbaik me baca.
Untuk tahun ni me just pilih satu. Lagi pun me tak banyak membaca buku tahun ni, mungkin tak sampai 15 buku kot. Sejak akhir-akhir ni me bertambah virus M...aduh.. [-(
Untuk itu, me pilih sweet sour sebagai buku of the year lah. Cerita ini dihasilkan bermula dari forum juga, dekat bod penulisan sana tu. Tahniah pada penulis nya Nasz-H dan juga forumer Cari yang gigih membaca dan support penulis dan cerita tersebut :)>-
Buku ni me rasa santai tapi ada elemen-elemen bila kita rasa nak sekeh-sekeh Lia, rasa mcm nak bawak lari joe...nak tendang jauh-jauh zarul. Santai nya masa part awal-awal kerana bahasa seharian yang kita guna dengan ditambah sedikit hiperbola supaya dapat sampai pada pembaca dengan lebih berkesan. Buku ni antara buku yang monolog dalamannya sangat sukses :x
Dan lebih buat me angau dengan buku ni, me dapat buku dan tanda tangan penulis dia...hahaha rasa mcm tak percaya mula-mula, bila nasz offer tu. Terima kasih berjuta juta lemon pada nasz :-*
Wednesday, December 01, 2010
Passion
Bila passion tu hilang, maka sangat sukar untuk kita meneruskan kerja... :-s
Kadang-kadang kita tertanya tanya, owh passion dimanakah kamu?
Tolong lah datang kemari, saya sangat memerlukan kamu.
Passion kata: saya hanya akan datang bila kamu ikhlas dengan kerja kamu.
Saya tanya: Ikhlas itu macam mana rupanya?Adakah cantik seperti cupcake? Adakah sedap seperti coklat, adakah enak seperti ayam goreng?
Passion kata: Ikhlas itu sincere, full stop :-"
Saya: hamik b-(
Tuesday, November 30, 2010
Privasi
Kepada peserta-peserta pertandingan blogger Forum Cari, ini adalah perutusan khas untuk anda...wah curlast gitu..hahaha.
1. Terdapat sesetengah forumer yang memisahkan identiti mereka. Lain di Forum, lain di blog, dan lain di Facebook juga mungkin. Jadi golongan kawan-kawan mereka juga lain. Mereka tidak mahu orang tahu siapa mereka.
Maka untuk penyertaan ini, anda perlu berhati-hati agar privasi anda itu tidak bocor. Sebagai penganjur, kami tidak mampu menjamin privasi anda jika dapat dihidu oleh mereka yang anda rasa anda tidak mahu mereka tahu siapa anda. /blush
2. Terdapat juga forumer yang memang sudah khaskan blog mereka memang untuk tatapan umum. Jadi mereka dalam kategori ini tiada masalah. (sbb dia org ada blog private tu..haha ;)) )/nobigdeal
3. Terdapat juga blogger yang memang suka jika ramai yang masuk ke blog. Lai lai leng loi...mari rapat.. Golongan ini lagi tak ada masalah. /wahaha
Win-win situation gamaknya..saya tolong anda, anda tolong saya... wah gitu.. :))
Monday, November 29, 2010
Sedang menonton di luar lingkungan TV1
Adakah mereka tidak perlu dibantu? kerana mereka telah cukup pintar. Tetapi sebenarnya mereka perlukan sistem sokongan agar mereka dapat peluang untuk memperkembangkan bakat mereka.
Ahli panel: Presiden Persatuan Kanak-kanak Bergeliga Malaysia, En Ghani (Ayah Adi Putra), dan Adi Putra.
Adi dah mencipta beribu formula matematik mengikut kata bapanya. Dia juga berharap dapat mempatenkan ciptaan tersebut.
saya juga melihat Adi menjawab soalan seperti fikiran orang dewasa.
Soalan penonton: Kanak-kanak pintar juga perlu bersekolah seperti kanak-kanak biasa
En Ghanni: Ibnu sinna dan al khawarizmi dimana universiti mereka belajar? (masyarakat kita terlalu terbelenggu dengan situasi ini). Tak mahu anak nya menjadi bahan uji kaji.
Presiden: Perlu bersekolah tapi kena ada fleksibelnya. Mereka akan diasingkan apabila belajar sesuatu yang mereka master. Mereka perlu menjalani proses sosioemosi bersama kanak-kanak yang lain.
Adi: Saya setuju mereka perlu bersekolah tapi saya sudah melaluinya. Turun naik bangunan di sekolah dengan beg yang berat. Masuk darjah 5 apabila belajar matematik dan turun semula ke darjah 1 untuk pelajaran lain. Kanak-kanak umur 11 tahun akan tetap 11 tahun, mereka akan tetap menangis bila mereka nak menangis. Mereka perlu melalui proses sosioemosi tersebut.
Pengacara: Sekian sahaja rancangan kita hari ini. Rancangan ini dapat menunjukkan buah fikiran seorang kanak-kanak berumur 11 tahun yang harus ditakungi oleh negara.
Saya: Kanak-kanak gifted n talented yang benar-benar hebat ini mungkin 1 nisbah 1juta kanak-kanak yang lain. Bagi memenuhi keperluan intelektual mereka yang besar mungkin akan meminggirkan 1 juta kanak-kanak lain yang berada dalam lingkungan biasa. Maka pengorbanan En Ghani dan keluarga adalah sangat besar. Mereka berusaha sendiri dalam mencari apa yang terbaik bagi anak mereka. Anak kecil mereka itu sangat berjiwa besar.
Saya lagi: Dalam kelas psikologi yang pernah saya ikuti, kami menjangka Adi Putra akan jatuh jika dia tidak menjalani proses sosialisasi dan emosi seperti kanak-kanak yang lain. Ramai kanak-kanak gifted ini telah tewas kerana proses yang mereka lalui tidak sama dengan apa yang sepatutnya kanak-kanak seusia mereka harus lalui. Lompong-lompong dalam proses pembesaran itu akan memberi kesan kepada mereka apabila dewasa kelak. Namun ini adalah jangkaan psikologi iaitu sama seperti eksperimen dimana semuanya adalah satu jangkaan. Tapi kita berbalik kepada fitrahNya. Bersangka baik dan mengharapkan yang terbaik kepada anak-anak ini.
p/s: Jangan jadi pawang.
Apa itu permalink?
Permalink memang selalu digunakan untuk blog yang selalu mempunyai entry baru dan sering berubah-ubah. Dengan adanya alamat web yang spesifik ini membolehkan pembaca/pengunjung terus dihubungkan kepada entri tersebut.
Sesuatu entri yang dibuat akan berada di blog atau laman web tetapi entri tersebut tidak mempunyai laman web nya sendiri. Dan apabila entri tersebut sudah lama dan tidak lagi berada di dalam laman utama disesebuah blog dan laman web, maka sukar untuk akses kepada entri tersebut. Maka dengan menggunakan permalink, sesuatu entri dapat dikesan walaupon sudah tidak berada di muka utama lagi. Pengunjung juga boleh terus dihubungkan (linked) kepada entri tersebut tanpa perlu menyelak satu-satu entri lain di laman web atau blog.
Saturday, November 27, 2010
sukaneka yg sakit
Ini adalah gambar Pulau pangkor. Me pergi lebih kurang setahun yang lalu. Masa pergi tu ada main sukaneka. Masa main selipar gergasi, alamak terjatuh lah pulak. Bengkak gak ler kaki nasib ada ais, cepat dapat tuam kat lebam tu. Sakit dia pon kurang.
Tapi kesan jangka panjangnya..sampai sekarang ni pon..pergelangan kaki kiri ni masih ada rasa sakit-sakit lagi. Terutama masa duduk antara dua sujud. Tapi kadang-kadang lah sakit tu datang. Kadang-kadang ok jer. Dan ia terasa sakit kembali
Forum Cari
Saya mula mengenali forum cari pada tahun 2006.
Pada peringkat awal saya tidak terlalu faham apa yang ada di dalam forum tersebut /sweat
Saya ingatkan hanya ada gosip sahaja dalam forum cari ;)) hehe
saya juga mengambil masa yang lama untuk benar-benar comfortable dengan suasana forum disebabkan saya adalah pemain ym tegar...maka ada beberapa perkara yang perlu di adjust untuk menyesuaikan diri dengan suasana forum.
Tapi alah bisa tegal biasa kan..lama-lama semuanya dapat diatasi. /nobigdeal dan kini forum cari dihati kaedahnya ;))
Ok lah tu saja.../blush
(ini adalah contoh untuk pertandingan blogger forum cari)
Friday, November 26, 2010
testing emoticon
me mmg dah lama tak manage blog /wahaha
test balik mana yang terasa mcm nak buat /blur
harap-harap berjaya lah /please